Friday, October 16, 2009

Luahan rasa 9.9.09


Hari ini 9 september 2009, bersamaan dengan 19 ramadhan 1430h..

Aku meluahakan kagi rasa yg terbuku dihati untuk melegakan perasaanku, perasaan yang berkecamuk yang boleh memudaratkan kesihatan, mengabaikan pelajaran juga membuat aku alpa dengan tanggungjawabku sebagai hamba Allah dimuka bumi ini… namun, saat ini..saat apabila aku ingin menterjemahkan perasaan, tiada yang boleh ku perkatakan?mengapa dan kenapa,apakah sebabnya…

Sekian lama aku ingin berkongsi apa yang ku alami ini.. dulu, aku tak kenal pun apa itu internet.. masa sekolah baru aku tau…tapi tak pernah menggunakannya, kerana aku tak tahu… malah menggunakan computer juga jarang sekali.. berasa takut untuk menggunakannya..bukan takut benda tu gigit, tapi takut rosak..maklum jelah..orang kg.. 1st aku belajar tentang computer adalah time form 6, tu pun masuk lab sekadar untuk belajar melukis..bgiku pada masa itu, paint itu lah yang menyeronokkan dalam PC.. jahil sungguh waktu tu.. lps abis form 6 aku g bljr komputer d KEMAS, tmpt aku.. tapi x abis pon bljr..masa tu aku ingat lagi, aku hnya belajar Microsoft office… berkembang la ckit pengetahuan ku.. x abis bljr lagi aku dpt tawaran masuk u, emm… disini la sgalanya bermula.. aku bljr computer tu sebenarnya utk memudahkan cari keje..yelah, lepasan form 6, tapi komp pun x pakar…

Bermula kehidupan di u, yang mn semua maklumat perlu diakses melalui internet..malah, asyment, presentation smuanya menggunakan benda alah tu.. mula2 msuk dulu, aku tak tau.. aku buta computer.. tapi aku x kalah, aku belajar dan terus belajar..explore sendiri.. 2 bulan lps masuk u aku da ada laman social ku..FRIENDSTER.. aku da pndai guna internet… malah saat aku nk menamatkan pengajian ku, aku dah dftr smua laman social..My Space ada,Facebook ada, tagged ada, entah apa lg aku pond a lupa..tapi x aktif pun..hu3, email pula da berpuluh aku buat, tp yang kekal hanya separuh.. dan gmbiranya aku menjadi guru yang x bertauliah kepada mereka yang x tau apa yang ku tau..

Panjang ceritaku..sebenarnya aku hnya nk bg tau berkaitan kehidupan ini dengan apa yang ku lalui..kerana aku percaya hidup saling berkait.. jika aku berjaya belajar penggunaan internet, mengapa tidak pada kehidupanku.. kerjayaku.. juga cintaku.. Bahagia itu pasti..cuma usaha yang menentukannya…

Aku terus menaip….

Memikir someone yang ada di kepalaku ketika ini… emmm…aku mula berasa bosan untuk memikirkan suatu yang x pasti, suatu yang hadir hnya sekadar mimpi indah, yang tidak menjanjikan apa-apa untuk diriku…arrgggggghhhh.. kenapa harus jadi pemikr masalah yang tidak selesai?? Bukan kah itu membuang masa.. jadi fikirka kerjayamu wahai insan, juga dirimu.. jangan biarkan anga-angan kosong yang dibina berlandaskan impian kabur itu menguasaimu…

Kerjaya……kerjaya…kerjaya….kerjaya…impian, rumah, kereta, dan keluarga yang bahagia….. hua3….rindu sangat nk balik kg,,,,mama………………

Luahan Hati Seorang Hamba



Ya Allah, aku bersujud, merasa hina seluruh jiwa raga, mengharap sekelumit belas kasihan dariMu, ampunilah segala dosaku, kuatkanlah seluruh imanku, tabahkahlah hatiku yang terbelah-belah dan tenangkanlah jiwaku yang hampir hancur ini...

Ya Allah, aku sedar, sekian lama aku hidup gembira, berlapang dada bersama-sama dengan apa yang aku miliki , lantaran kerana tiada ujian yang tak bisa ku gagali...

Kini bila aku di uji olehMu, aku terasa sangat berat, sangat hebat dan perit hingga meresap seluruh jiwa dan darahku.. Lantas aku sedar aku diuji antara ”perasaan” serta ”keyakinan” yang telah Engkau anugerahkan melalui istiqarahku yang senantiasa aku warnai pada malam-malamku selama hidupku ini...

Di uji lagi bila dia menolak kasihku walaupun sememangnya dia ku kasihi tulus dan ikhlas sepenuh jiwa dan ragaku. Mengapa masih terjadi walaupun telah ku turut sepenuh maghrifah yang Engkau kurnia kan kepadaku?

Ya Allah, apakah sebenarnya yang terjadi? Aku sangat keliru Ya Allah. Sangat-sangat keliru. Jika diikutkan hati, hendak saja ku berpaling daripadaMu. Namun ia seakan-akan mengundang kemarahan, menderhakai kurniaanMu serta mengundang azab siksaMu yang amat pedih dan maha dahsyat. Aku sangat takut Ya Allah, sangat takut sekali..Lantaran itu aku tak sanggup untuk berpaling daripadaMu...

Tetapi bagaimana hendak kuteruskan pula? Apakah lagi ketermampuan yang tinggal dengan sekadar kudratku ini? Telahku laksana semua apa yang terdaya olehku, dan yang tinggal hanyalah bibit-bibit yang melampaui syariah dan sunnahMu sahaja. Manakah mungkin aku lakukan semua itu…Sangat mustahil wahai Ya Tuhanku...

Ya Allah, kini aku sangat-sangat memohon petunjukMu..berikanlah daku jalan keluar. Sesungguhnya sangat hebat perit yang ku rasa kini. Namun Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadmu kerana sampai ketika dan saat ini, jika bukan kerana rahmatMu itu, sudah pasti aku menamatkan riwayatku sendiri dan termasuk dalam golongan manusia yang menzalimi diri sendiri…

Ya Allah, keranaMu lah aku hidup dan kepadaMu lah seluruh keyakinanku sandarkan, namun pada ketika ini aku sangat-sangat memerlukan petunjukMu..bantulah diriku Ya Allah…Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah dan tidak berdaya...

Ya Allah, Terserahlah kepadaMu, ini lah doaku sekadar yang terdayaku ungkapkan walau pedih yang ku rasa, namun aku masih terus mengharapkan rahmatMu yang Maha Agung...

Ya Allah, janganlah kau tinggalkan daku, walaupun sedetik mahupun lebih kecil bilangan dari itu. Jika kau tinggalkan diriku ini, maka apa gunanya lagi aku untuk terus hidup. Dan kepadaMu ku serahkan segala-galanya dan kepadaMu lah aku pasti kembali... Amin…