Tuesday, March 20, 2012

cleanx tea

assalamualaikum salam ukhwah, salam perpaduan salam perancangan untuk semua, para pembaca yg budiman.. cewahhh.. punye pnjg intro.. ari ni penulis ingin sgt2 berkongsi produk yg baru d cuba.. perrggghh.. mmg marvelous kata org.. tghr semalam aku pegi kedai ubat beli cleanx tea yg telah sekian lma tertulis dlm htiku nk d cuba..huhu, then after lunch tu ak g r rendam 1 uncg.. n minum, emm..rasa leh thn gak, xde la cm teh herba org kampung tu... before tu xde pape pon berubah,tertanye2 gak kt mn la specialnya cleanx tea ni, nk buang toksin tp x rasa pape lak... mlm tu, after dinner kt tepi pntai, balik umah tu aku bancuh lagi.. n minum la smbil tgk cite cina kt tv3, tajuk : An Empress & the Warrior... best gak smpai x sedar aku da minum byk air tu..dipendekkan cite, pagi2 lagi aku da t'bgn d kejutkan ole perot ku yg meronta2, memulas2...tp mta ngntuk lagi.. nk smbg tdo da xleh da...huhu.. setakat jam ni, aku da kunjungi toilet 5x...emmm...keberkesannan Clenx Tea ni akn membuat aku dpt balik siaz aku yg dlu..huhu, bila saiz fizikal da bertmbh rasa terbeban, berat semacam jer...mkin mls d buatnya.. so, sbb tu la aku berusaha nk capai matlamat dptkan saiz seperti dlu.. berat 48kg jer..pinggang 27 je..semua leh pakai.. xde la d kritik lagi oleh sang suami yg mmg suka mengkritik.. aku nk buktikan pada dia aku BOLEH, dan aku BERJAYA,.... setakat ni je dlu aku cite , perkembangan penggunaan i will write down..hehehe 

Monday, March 12, 2012

ntah ler..

emmmm....setelah sekian lama x meng'update' blog ni, terasa mcm hidup xnk mati x mau jer.. hari ini ak luangkan sedikit masa untuk menambah isi seerba sedikit ttg perkmbangan diriku. sebenarnya tergerak aku utk berkongsi isi hati pd ketika ini adalah di sbbkan kesunyian dan rasa nk meletup je kt dada ni menahan 'gelora' yg x tertanggung. perrggghh...ayt x bleh blah, geram jer arini... aduiii... so, tenang2 kan diri dengan luahan kt diari alm maya ni..huhu, terima kasih kerana membantu....

Friday, September 9, 2011

bufday my mum

~on 2nd weeding mum~ semoga berbahagia selamanya..

~dis is my mum, lovely mum~
Ari ni 9.9.2011 bersamaan dengan ari jumaat. sok adalah ari sabtu..cewah, nk cite tu mcm la lepas ari jumaat tu terus ahad..atau isnin..huhu, by de way sebenarnya sabtu tu, 10 September 2011 adalah bufday mum.. my lovely mum.. rindu sanagt2..berada jauh dari keluarga byk mengajar erti kehidupan.. realiti bukannya fantasi semata2.. mum... miss u so much.....

Friday, July 15, 2011

RUKUN NIKAH

bersempena menghadiri kursus pra perkahwinan ni, ingin rasanya berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi...

Bahwa rukun nikah ada lima perkara:

1. Pengantin lelaki (zauj)

2. Pengantin perempuan (zaujah)

3. Wali pengantin perempuan

4. Dua orang saksi (Syahidami ‘adilaini)

5. Ijab dan Qabul (Shighat) (Al Iqna’ fi Hali Alfadli Abi Syja’: II/122).

Pasal 24 Syarat-Syarat Pengantin Lelaki

Bahwa syarat-syarat pengantin lelaki ada lima perkara:

1. Berumur baligh, bila masih kecil, maka bapak atau kakek qabulnya.

2. Berakal, bila hilang akalnya, maka bapak qabulnya.

3. Tidak senasab atau sesusuan (radla) dengan pengantin wanita

4. Dengan kehendak sendiri (ikhtiar). Tidak sah bila dipaksa.

5. Menentukan dan mengetahui nama wanita yang akan dinikahi, mengetahui akan status calon istrinya, perawan atau janda dan sudah lepas ‘iddah.

Pasal 25 Syarat-Syarat Pengantin Wanita

Syarat-syarat pengantin wanita sama dengan syarat-syarat pengantin lelaki:

1. Berusia baligh

2. Berakal

3. Tidak Senasab dan tidak Sesusuan dengan pengantin lelaki

4. Kehendak sendiri, tanpa adanya paksaan selain wali mujbir bapak/kakek

5. Mengetahui lelaki yang akan menikahi dirinya.

Pasal 26 Wali Ada Dua Macam

Bahwa wali yang akan menikahkan seorang wanita ada dua macam:

1. Wali Mujbir ialah: seorang wali yang boleh menikahkan orang wanita dengan cara memaksa meskipun ia tidak rela

2. Wali bukan Mujbir ialah selain wali Mujbir.

Pasal 27 Syarat-Syarat Wali Mujbir

Adapun syarat-syarat Wali Mujbir sebanyak ada enam perkara:

1. Bapaknya, kakeknya atau tuan hambanya yang menjadi Wali Mujbir. Adapun saudara dan pamannya bukanlah Wali Mujbir.

2. Status pengantin harus gadis perawan walaupun usia baligh.

3. Seorang lelaki yang adil, terkenal orang yang dapat dipercaya.

4. Dinikahkan kepada kufunya (lihat pasal kufu).

5. dinikahkan kepada seorang lelaki yang bukan musuh dengan anaknya.

6. Harus dengan Mahar Mutsil dan pengantin lelaki sanggup membayarnya.

Pasal 28 Tentang Wali Wanita Janda (Syayyibah)

Wali Mujbir berhak menikahkan seorang wanita bila statusnya belum baligh dan lagi perawan bukan janda. Tetapi kalau wanita tersebut ternyata janda, maka ayah dan kakeknya tidak berhak menikahkannya, baik izin maupun tidak, sama saja tidak sah. Apabila janda tersebut sudah baligh, maka sahlah menikahkannya dengan syarat izin dari padanya, karena janda yang belum baligh apa yang diucapkan tidak dapat dipercaya.

Sumber: Kitab Tabiyinal Islah

Thursday, June 30, 2011

HARAPAN berbunga



dengan wajah dihiasi senyuman, kini aku menarik nafas lega walaupun sebanrnya ia belum sepenuhnya berakhir..kerana dugaa itu sentiasa dtg silih berganti dalam kehidupan kita, sekuat dan semampunya aku bertahan mempertahankan kehidupanku. harapan berbunga riang, alhamdulillah jika ini yang terbaik bagiku, maka aku menerimanya dengan lapang dada. InsyaAllah aku akan menjadi org baru september ini, dan mula berjuang bersama.. kini apa merunsingkan adalah tentang kerjaya...ooohh, kerjaya....aduiiiyaiii..

Monday, April 18, 2011

JANGAN sakiti aku....

arrrggghhh..tajuk je da tau, betapa aku merasa disakiti..kerana perasaan sayang yg teramat pada seseorang..betapa aku xdpt melupakan segala peristiwa yg telh berlalu,meskipon tlh berulg kali maaf dihulur kpdku...aku bukan membenci, hnya ingin dia mengerti betapa sakitnya hatiku dipermainkan..apa salahku, aku sendiri x mengerti, ilang punca mencari pengertian dlm dirinya... akhirnya, dlm keterpaksaan aku tinggalkan dia, bukan mengharap dia kembali.. tapi hanya ingin dia mengerti, sedih, pedih terlalu perit tuk dilalui.. andainya ku tahu keperitan semalam, sekuat dan semampu ku kerah segalanya untuk pertahankannya... namun, kini aku tahu.. mana mungkin aku kembali kepadanya, walau dia telah mengerti, telah memahami dan cuba untuk menebus esilapan lalu.... mana mungkin aku ulangi sejarah pahit lalu... aku tidak mahu terrus dibayangi setiap perbuatan, juga kesilapan yg lalu... jangan sakiti aku... aku bukan untuk di sakiti, aku tidak mampu bertahan, kerana bagiku bahagia yg menanti, sekali meninggalkanku, aku mampu bertahan, kedua kali aku mampu berharap... ketiga kali dan seterusnya mana mungkin aku bisa memberi peluang..... kesakitan hanya masa lampau, bukan masa depan...

Sunday, February 6, 2011

Pembekal Kelapa

Kepada sesiapa yg ingin membeli kelapa kampung dan juga kelapa kering adalah di alu2kan menghubungi pembekal seperti di bwh:

contact no: 019-6528019
: En. Eddie
: Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor, Melaka, dan seluruh
Malaysia.

Thursday, January 20, 2011

Harapan Berbunga

blom terlambat to wish happy new year n welcome 2011..
lamanya ak x mengupdate blog yg menjadi tmpt ku meluahkan rasa serta membina harapan dengan impian di masa depan.. seolah2 aku suda lupa pada diary maya ni, apa pun aku x pernah lupa, hanya masa yg x mengizinkan aku menulis, mencoret dan mencorakkan lagi blog ini.. tahun 2011 tlh pun 20 hari menjenguk dunia kita, namun masih ada harapan tahun lepas yg blom sempat di tunaikan.. dengan penuh harapan, tahun 2011 ini di harap membawa berjuta makna dalam kehidupanku.. terlalu banyak yang ingin aku kongsi disini, namun masa amat terhad... apa pun kesempatan yg ada ini aku coretkan seberapa note yg terlintas...hanya ringkas...cukup untuk menceritakan apa yg ada di fikiran ku pd ketika ini..by de way, aku masih mencari kerja tetap.. sebagai graduan universiti yg masih d belenggu hutang, suda tentu risau serta x senang duduk menguasai diri.. tambahan pula desakan serta persoalan dari kalangan keluarga, mmg bole mendtgkan sterss.. namun, disebalik ketiadaan kerja ini, aku berpeluang menjalankan sendiri bisnes. hanya bisnes kecil, aku masih merangkak kesorangan dalam dunia ini.. aku seolah2 baru memupuk rasa cinta, lambat laun jatuh cinta.. seronok.. tpi penat.. blom smpai sebulan memulakannya, aku berharap agar bertahan smpai keakhirnya dan mampu meningkatkan sendiri usaha ini...

Lain story pun byk, tapi cerita lain hari... chaiyokkkk.....teruskan berusaha kearah kejayaan....

Saturday, August 28, 2010

bestday or birthday???

wahh...arini is my hari lahir yg ke-24..bru je ckp umur ni..huhu, syukur alhamdulillah ada lgi peluang ak bernafas di bumi Allah ini,,umur kian meningkat, serba serbi pon kena berubah, termasuk la attitude kita..dr keank-ankan kpd kebudak2kan..cewah.. perubahan yg mendatangkan kebaikan la yg ak mksudkan, bukan la berubah dr jahil semakin jahil.. gembira n hepi ari ni buka fb je ramai member2 wish hepi bufday ngn aku..hepi, huhu~dpt lak panggilan free, maxis 1 day ari ni.. celcom 7 hari stat today..but only 8pax..ok la..dpt gak gurau2 ngn family.. by de wy, skrg ni perasaan ak da x berkecamuk cm dlu lagi..ni ke rsnye bahagia??huhu~ abe pon cool jer, best.. rasa nk peluk jer dy skrg...oppss...huhu, dlm perhubungan ni xlain x bukan yg penting sekali kepercayaan n keikhlasaan.. setahun yg lepas, aku mula mendirikan blog ni sbb peerasaan yg x menentu, kejap ok kejap x..kejap lagi dtg angin..hahaha, semua x menjadi..skrg, ok da.. 2 3 minggu ni ok jer rasanye..emmm...sori la, terlajak lak..aku cm ni la, bla merepek je slalu kuar tajuk..ni la akibatnye bila xde rangka karangan..huhu, da tau da sbb apa ckgu dlu slalu marah kita, "wat rangka dlu...jgn main tulis jer.." huhu.. aku nk ckp psl bufday je sebenarnye.. antara bestday or birthday....28.08.2010.. bg aku taun ni ialah kedua2nye... my best day n birthday,,,suda tentu la...hihi..aku hepi sgt ni.. da celaru da nk menaip...huhu...love u ayang....

Friday, August 27, 2010

27.08.10

wow.... hari ini da 17 ramadhan 1431h, emm..persiapan raya blom buat lg.. semalam bru wat sejenis kueh..chocolate chip..agk2 ok la tu kot..huhu.. arini, tah apa yg ku lalui..membuta je.. bangkit tdo, mandi, then t'tdo lagi... bgn lagi g basuh muka, tod lagi.. ya Allah.. apa nak jadi la..aiyoo..kerja msih byk yg x settle..uii, jgn jadi seperti aku..mls wat kje, byk tangguh..lastly sume pon x menjadi...ni la akibatnye bila byk sgt msa lapang yg aku ada..ak x tau cm mn nk organize, da nak gila pon ada gak..

kerja kerja kerja....


emmmmm... terseksa diriku, ingat senang je dpt kje skrg ni. da biasa bz, duk umah je mendtgkan keboringan tahap melampau... aku da ke hulu kehilir cari kje.. x dpt2 gak, aku kah tg terlalu memilih...???? aduyai.. bila agknya aku dpt kje ni.. boring, klu duk umah dpt duit xpe..huhu~ aku nk berbelanja gak..huhu, terlalu byk keinginan...by the wy, aku kje as assistant chef bulan lepas.. best gak, blaja masak2, but lebih kepada bakeri n pastry... ok gak la.. tp tu smua da abis.. skang ak da xde duit nk wat blanje,, blnje aku sowang xpe g.. aku lebih tertekan dgn org persekitaran, family n org yg kenal aku.. asyik2 bila jumpe, msg, or call mesti tanya.."ko dah kje ke jah???" ayoo.... naek muak aku menjawabnye...oh! bilakah ini semua berakhir...

apa pon, aku uploadkn gak kje sementara ku dlu,,huhu~ pembantu chef merangkap tenaga pengajar bg kursus wanita... best....

Thursday, January 7, 2010

Mampukah Aku Bertahan

sekian lama blogku x berupdate..umpama idup xnk, mati pon xnk..byk cerita yang ingin di kongsi,tapi masa x mengizinkan..ada sja aral yg melintang.. peluang yg aku peroleh kali ini x kan d lpskan..meluahkan rasa yang terbuku d hati..

by the way, new year ni harapan dan impian untuk succes dan bahagia terus tinggi......................................................................................................................mamapukah aku untuk terus bertahan dengan jalan kehidupan ini...
ya Allah..permudahkanlah kepadaku......tabahkan hatiku...harus bagaimana aku bersabar, meluahkan rasa hati...gelisah..celaru dan penuh dgn tekateki..........................

Friday, October 16, 2009

Luahan rasa 9.9.09


Hari ini 9 september 2009, bersamaan dengan 19 ramadhan 1430h..

Aku meluahakan kagi rasa yg terbuku dihati untuk melegakan perasaanku, perasaan yang berkecamuk yang boleh memudaratkan kesihatan, mengabaikan pelajaran juga membuat aku alpa dengan tanggungjawabku sebagai hamba Allah dimuka bumi ini… namun, saat ini..saat apabila aku ingin menterjemahkan perasaan, tiada yang boleh ku perkatakan?mengapa dan kenapa,apakah sebabnya…

Sekian lama aku ingin berkongsi apa yang ku alami ini.. dulu, aku tak kenal pun apa itu internet.. masa sekolah baru aku tau…tapi tak pernah menggunakannya, kerana aku tak tahu… malah menggunakan computer juga jarang sekali.. berasa takut untuk menggunakannya..bukan takut benda tu gigit, tapi takut rosak..maklum jelah..orang kg.. 1st aku belajar tentang computer adalah time form 6, tu pun masuk lab sekadar untuk belajar melukis..bgiku pada masa itu, paint itu lah yang menyeronokkan dalam PC.. jahil sungguh waktu tu.. lps abis form 6 aku g bljr komputer d KEMAS, tmpt aku.. tapi x abis pon bljr..masa tu aku ingat lagi, aku hnya belajar Microsoft office… berkembang la ckit pengetahuan ku.. x abis bljr lagi aku dpt tawaran masuk u, emm… disini la sgalanya bermula.. aku bljr computer tu sebenarnya utk memudahkan cari keje..yelah, lepasan form 6, tapi komp pun x pakar…

Bermula kehidupan di u, yang mn semua maklumat perlu diakses melalui internet..malah, asyment, presentation smuanya menggunakan benda alah tu.. mula2 msuk dulu, aku tak tau.. aku buta computer.. tapi aku x kalah, aku belajar dan terus belajar..explore sendiri.. 2 bulan lps masuk u aku da ada laman social ku..FRIENDSTER.. aku da pndai guna internet… malah saat aku nk menamatkan pengajian ku, aku dah dftr smua laman social..My Space ada,Facebook ada, tagged ada, entah apa lg aku pond a lupa..tapi x aktif pun..hu3, email pula da berpuluh aku buat, tp yang kekal hanya separuh.. dan gmbiranya aku menjadi guru yang x bertauliah kepada mereka yang x tau apa yang ku tau..

Panjang ceritaku..sebenarnya aku hnya nk bg tau berkaitan kehidupan ini dengan apa yang ku lalui..kerana aku percaya hidup saling berkait.. jika aku berjaya belajar penggunaan internet, mengapa tidak pada kehidupanku.. kerjayaku.. juga cintaku.. Bahagia itu pasti..cuma usaha yang menentukannya…

Aku terus menaip….

Memikir someone yang ada di kepalaku ketika ini… emmm…aku mula berasa bosan untuk memikirkan suatu yang x pasti, suatu yang hadir hnya sekadar mimpi indah, yang tidak menjanjikan apa-apa untuk diriku…arrgggggghhhh.. kenapa harus jadi pemikr masalah yang tidak selesai?? Bukan kah itu membuang masa.. jadi fikirka kerjayamu wahai insan, juga dirimu.. jangan biarkan anga-angan kosong yang dibina berlandaskan impian kabur itu menguasaimu…

Kerjaya……kerjaya…kerjaya….kerjaya…impian, rumah, kereta, dan keluarga yang bahagia….. hua3….rindu sangat nk balik kg,,,,mama………………

Luahan Hati Seorang Hamba



Ya Allah, aku bersujud, merasa hina seluruh jiwa raga, mengharap sekelumit belas kasihan dariMu, ampunilah segala dosaku, kuatkanlah seluruh imanku, tabahkahlah hatiku yang terbelah-belah dan tenangkanlah jiwaku yang hampir hancur ini...

Ya Allah, aku sedar, sekian lama aku hidup gembira, berlapang dada bersama-sama dengan apa yang aku miliki , lantaran kerana tiada ujian yang tak bisa ku gagali...

Kini bila aku di uji olehMu, aku terasa sangat berat, sangat hebat dan perit hingga meresap seluruh jiwa dan darahku.. Lantas aku sedar aku diuji antara ”perasaan” serta ”keyakinan” yang telah Engkau anugerahkan melalui istiqarahku yang senantiasa aku warnai pada malam-malamku selama hidupku ini...

Di uji lagi bila dia menolak kasihku walaupun sememangnya dia ku kasihi tulus dan ikhlas sepenuh jiwa dan ragaku. Mengapa masih terjadi walaupun telah ku turut sepenuh maghrifah yang Engkau kurnia kan kepadaku?

Ya Allah, apakah sebenarnya yang terjadi? Aku sangat keliru Ya Allah. Sangat-sangat keliru. Jika diikutkan hati, hendak saja ku berpaling daripadaMu. Namun ia seakan-akan mengundang kemarahan, menderhakai kurniaanMu serta mengundang azab siksaMu yang amat pedih dan maha dahsyat. Aku sangat takut Ya Allah, sangat takut sekali..Lantaran itu aku tak sanggup untuk berpaling daripadaMu...

Tetapi bagaimana hendak kuteruskan pula? Apakah lagi ketermampuan yang tinggal dengan sekadar kudratku ini? Telahku laksana semua apa yang terdaya olehku, dan yang tinggal hanyalah bibit-bibit yang melampaui syariah dan sunnahMu sahaja. Manakah mungkin aku lakukan semua itu…Sangat mustahil wahai Ya Tuhanku...

Ya Allah, kini aku sangat-sangat memohon petunjukMu..berikanlah daku jalan keluar. Sesungguhnya sangat hebat perit yang ku rasa kini. Namun Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadmu kerana sampai ketika dan saat ini, jika bukan kerana rahmatMu itu, sudah pasti aku menamatkan riwayatku sendiri dan termasuk dalam golongan manusia yang menzalimi diri sendiri…

Ya Allah, keranaMu lah aku hidup dan kepadaMu lah seluruh keyakinanku sandarkan, namun pada ketika ini aku sangat-sangat memerlukan petunjukMu..bantulah diriku Ya Allah…Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah dan tidak berdaya...

Ya Allah, Terserahlah kepadaMu, ini lah doaku sekadar yang terdayaku ungkapkan walau pedih yang ku rasa, namun aku masih terus mengharapkan rahmatMu yang Maha Agung...

Ya Allah, janganlah kau tinggalkan daku, walaupun sedetik mahupun lebih kecil bilangan dari itu. Jika kau tinggalkan diriku ini, maka apa gunanya lagi aku untuk terus hidup. Dan kepadaMu ku serahkan segala-galanya dan kepadaMu lah aku pasti kembali... Amin…

Tuesday, August 4, 2009

Doaku kepadaNya..


Allah Yang Maha Pemurah, terimakasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.

Terimakasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.
Terimakasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.
Terimakasih untuk setiap saat-saat yang lalu.
Aku datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hati aku yaa Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidup aku.

Yaa Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati ini di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku, yaa Allah,
tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima aku
dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka aku dengan dia.

Yaa Allah Maha Pengasih, dengarlah doa aku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat aku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu
yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak saya yang jadi dalam setiap bagian hidup aku. yaa Allah.

Amin....

" starting"

...
bismillah hirahmannirahim....
pertama2nya aku da capaikn hjt nk create blog utk diriku sendiri..kata org..diary maya..tertanya2 apa ygakn d buat..idea blom dtg..
tp terpk nk membuang rasa gunda gulana d hati dgn blogger ini..harap2 boleh membantu...yang seterusnya akan menyusul kemudian..aku mengharapkan ianya lebih baek dan mampu menambah kn pengetahuan serta berkongsi pengalaman da idea kepada yang lain..

emmm..laptop ngah rosak lak..klu x boleh la share some picture tu reader... xpe..laen kali ada lgi..remmeber..dis is starting..hu3..